Covid 19 adalah musibah yang sedang menguji sejauh mana tahap keprihatinan & nilai kemanusiaan sesama insan.
Kita semua sudah sedia maklum,akibat dari sekatan pergerakan yang dikenakan Kerajaan Malaysia terhadap beberapa aktiviti ekonomi, ramai diantara ahli masyarakat kita yang terkesan kerana ada diantara mereka yang telah kehilangan pekerjaan atau punca pendapatan mereka terjejas teruk.
Memandangkan keadaan sekarang dijangka akan bertambah getir HOUSE OF SAYYIDAH KHADIJAH (HSK),sebuah badan NGO yang baru ditubuhkan telah mengambil langkah awal dengan membuat persiapan awal bagi menyediakan bantuan makanan untuk meringankan beban mereka yang terjejas teruk terutama sekali mereka yang berkerja sendiri dengan pendapatan gaji harian.
Insya Allah, dalam masa yang terdekat pihak HSK akan melancarkan Kempen Food Basket (Rm 60/paket) bagi mengumpul dana untuk menyediakan paket² makanan seperti Tepung, Gula, Minyak, Beras & lain² untuk diagihkan kepada beberapa kumpulan sasar terutamanya golongan asnaf / ibu tunggal & rumah rumah kebajikan yang keputusan bekalan makanan.